DISKET
Disket atau floppy
disk adalah lembaran plastik tipis dan datar yang terbungkus dalam penutup
plastik 3.5 inci.Data dan program disimpan di disket dalam bentuk titik-titik
magnetik, sesuai pola on/off standard dan representatif data (misalnya ASCII).Pembungkus
plastik tersebut melindungi disket dari sentuhan tangan manusia.Dahulu disket
berukuran lebih besar dan terbungkus kertas sehingga rapuh.Selepas itu, disket
terbungkus oleh plastik sehingga cukup fleksibel.Disket mampu menyimpan data
sebesar 1.44 megabyte atau dengan tulisan sebanyak 400 halaman.SuperDisk dapat
menyimpan 120 megabyte.Disket terbaru telah dilabelkan “2HD” (2 untuk “double
sided” dan HD untuk “high density“) kerana disket jenis ini mampu
menyimpan data pada kedua-dua sisi,sehingga kapasitinya menjadi lebih besar
dibandingkan dengan sebelumnya (DD atau “double density“).
CARA KERJA DISKET
Disket
dimasukkan ke floppy-disk drive,iaitu alat untuk membaca dan menulis
data ke disket. “Baca” bermaksud data di media penyimpan sekunder diubah
ke dalam bentuk signal elektronik dan salinan data tersebut dihantar ke memori
komputer (RAM). “Tulis” bermaksud salinan informasi elektronik hasil
proses komputer dihantar ke penyimpanan sekunder.Berikut adalah data-data bahagian
disket :
- Pengunci
Baca - Disket memiliki pengunci baca supaya disket tidak boleh ditulis.Bermaksud,data
di dalam disket dapat dilindungi.Caranya dengan menggunakan jari atau hujung
pen untuk memindahkan pengunci baca ke arah bawah,sehingga lubang terbuka.
- Track,
Sektor Dan Kluster - Data disimpan dalam arah memusat yang dinamakan Track.Berbeza
dari gramofon,track-track di disket tidak mempunyai alur atau lingkaran
tunggal.Track di disket membentuk lingkaran-lingkaran terpusat.Ketika
sebuah disk diformat,lokasi penyimpan terbahagi menjadi sektor-sektor arah
tertentu sehingga track-track di disket terbahagi dalam beberapa unsur
yang dinamakan Sektor.Data kemudian disebarkan ke
track-track dan sektor.Oleh sebab itu,lunak sistem menggunakan titik sektor
dan track sebagai tempat penyimpan data dinamakan Kluster.Kluster
adalah kumpulan sektor pada alat penyimpan.Istilah track,sektor dan Kluster
juga dipakai pada hardisk.
- Head
Baca/Tulis - Semasa disket dimasukkan ke slot (drive gate atau
drive door) pada bahagian depan floppy drive,disket
ditempatkan di atas mekanisme drive. Head baca/tulis digunakan untuk
memindahkan data antara komputer dan disket. Semasa disket berputar di
dalam plastik pembungkus,head baca/tulis bergerak melalui area akses data
di disket.Apabila disket tidak berada di drive,penutupnya yang dibuat daripada
logam atau plastik berfungsi untuk menutup area akses data tersebut.Lampu
akses akan menyala ketika disket sedang berfunsi.Jika ianya telah
selasai,disket dapat dikeluarkan dengan cara menekan tombol keluar pada
drive.
SEJARAH CAKERA PADAT
Pada
tahun 1979, Philips dan Sony menubuhkan
sebuah pasukan petugas jurutera bersama
untuk membentuk cakera audio digital yang baru. Ahli-ahli terkenalnya termasuk Joop Sinjou, Kees Immink, dan Toshi tada Doi. Selepas setahun pengujikajian
dan perbincangan, pasukan petugas itu menerbitkan "Buku Merah",
piawai cakera padat. Philips menyumbangkan proses pengilangan am,
berdasarkan teknologi LaserDisc video, serta Pemodulatan
Lapan-hingga-Empat Belas (EFM) yang menawarkan kedua-dua
tempoh main yang panjang serta kebingkasan yang tinggi terhadap kerosakan
pengelolaan cakera, seperti cakar dan cap jari. Sony pula menyumbangkan Pengekodan
Reed-Solomon Antara Lembaran Silang (CIRC),
kaedah pembetulan ralat. Kisah
Cakera padat, yang diceritakan oleh seorang bekas ahli pasukan petugas,
memberikan maklumat latar tentang banyak keputusan teknik yang dibuat, termasuk
pemilihan frekuensi pensampelan, tempoh main, dan diameter cakera. Menurut
Philips, Cakera padat "direka bersama-sama oleh sekumpulan besar yang
bekerja sebagai sebuah pasukan".Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lain. Cakera-cakera padat pertama yang dijual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS/Sony. Peristiwa ini seringnya diperlihatkan sebagai "Letupan Besar" revolusi audio digital. Cakera audio yang baru ini disambut dengan meriah, khususnya oleh komuniti-komuniti muzik klasik dan audiofil, dengan mutu pengelolaannya diberikan sanjungan yang tinggi. Ketika harga pemain CD turun dengan pantas, cakera padat mula menjadi popular di pasaran-pasaran muzik pop dan muzik rock yang lebih besar.
Cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam, dan bukan terutamanya sebagai suatu media data. Hanya kemudian bahawa konsep 'fail audio', serta penggunaan umum untuk sebarang fail data, muncul. Dari asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telah berkembang untuk merangkumi penggunaan yang lain. Sony dan Philips memperkenalkan CD-ROM (ingatan baca sahaja) pada bulan Jun 1985 dan CD-R (CD boleh rakam) pada tahun 1990.
CAKERA PADAT
(Bahasa Inggeris: compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini (2007). Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih yang disimpan menggunakan pengrekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW). CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini (2007). CD dan produk-produk lanjutannya amat berjaya: pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion sekeping cakera.
SEJARAH DVD
Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang dikembangkan.Salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc yang diuruskan oleh Philips,Sony dan Super Density disc yang disokong Toshiba, Time Warner, Matsushita Electric, Hitachi, Mitsubishi Electric, Pioneer, Thomson, dan JVC. Presiden IBM, Lou Gerstner sebagai pemimpin, memimpin satu usaha untuk menyatukan kedua-dua paksi tersebut lalu membentuk satu piawaian tunggal, kerana bimbang akan berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan wang pada 1980-an.
Philips dan Sony meninggalkan MultiMedia Compact Disc mereka lalu menerima SuperDensity Disc Toshiba sepenuhnya dengan hanya satu pengubahsuaian, iaitu bertukar kepada pemodulan EFMPlus. EFMPlus dipilih kerana tahan kerosakan cakera seperti kesan calar dan cap jari. EFMPlus rekaan Kees Immink yang juga mereka EFM ini adalah 6% kurang cekap berbanding teknik modulasi yang asalnya digunakan oleh Toshiba, menghasilkan muatan sebanyak 4.7 GB berbanding 5 GB yang asal. Hasilnya adalah spesifikasi DVD yang memuktamadkan pemain wayang DVD dan aplikasi komputer DVD-ROM pada Disember 1995.Pada bulan Mei 1997, Konsortium DVD diganti oleh Forum DVD yang terbuka kepada semua syarikat lain.
NAMA
"DVD" mulanya digunakan sebagai singkatan bagi istilah tidak rasmi digital videodisk.Pada tahun 1995, dilaporkan pada masa spesifikasi dimuktamadkan, huruf-huruf tersebut secara rasminya adalah singkatan untuk digital versatile disc ("cakera serba guna digital", kerana mengambil kira aplikasi selain video),namun, teks siaran akhbar yang mengumumkan tetapan spesifikasi hanya memanggil teknologi itu sebagai "DVD" tanpa menyebut apa yang dimaksudkan huruf-huruf itu.[3]Dokumen-dokumen spesifikasi DVD rasmi tidak pernah sekalipun mendefinisikan DVD.
Di laman web Forum DVD ada satu bahagian bertajuk "DVD Primer" di mana jawapan kepada soalan "Apakah erti DVD?" adalah seperti berikut: "Kata kuncinya ialah 'versatil.' Cakera serba guna digital memberikan data dan pencapaian video, audio dan data yang amat hebat -- segalanya dalam sekeping cakera.
DVD (DIGITAL VERSATILE DISC)
(Juga dikenali sebagai "Digital Versatile Disc" atau "Digital Video Disc" ) Sejenis format media storan cakera optik yang popular. Kegunaan utamanya termasuk penyimpanan video dan data. Kebanyakan DVD sama dimensinya dengan cakera padat (CD) tetapi boleh menyimpan enam kali lebih data berbanding CD.
Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera: DVD-ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis, DVD-R dan DVD+R boleh ditulis sekali kemudian berfungsi seperti DVD-ROM, manakala DVD-RAM, DVD-RW, atau DVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula. Jarak gelombang yang digunakan oleh laser DVD biasa adalah 650 nm.[1]
Cakera-cakera DVD-Video dan DVD-Audio masing-masing merupakan kandungan video dan audio yang diformat dan distrukturkan dengan betul. Jenis-jenis DVD yang lain, termasuk yang mengandungi video, boleh dipanggil cakera DVD-Data. Istilah "DVD" selalunya disalahgunakan untuk memaksudkan format cakera optik definisi tinggi secara amnya, seperti Blu-ray dan HD DVD (namun HD DVD kini sudah lapuk). Kesannya, DVD yang asal kadang-kala dipanggil SD DVD (untuk "definisi biasa").
SEJARAH CAKERA BLU-RAY
Pada
tahun 1998, set HDTV komersial
memasuki pasaran pengguna,namun, tiada cara yang berkesan dan murah untuk
merakam atau memainkan kandungan HD.Tiada satu media yang boleh menyimpan amaun
data sebegitu, kecuali Digital VHS JVC dan HDCAM Sony.Namun
begitu, penggunaan laser dengan jarak gelombang lebih pendek akan membolehkan optik
berkemampatan tinggi. Penciptaan diod laser biru yang
praktikal oleh Shuji Nakamura, namun
tuntutan mahkamah yang berpanjangan menangguhkan pengeluaran komersial.
ASAL-USUL
Sony memulakan
dua projek yang menggunakan diod-diod baru iaitu: UDO (Ultra
Density Optical) dan DVR Blue (bersama Pioneer), satu
format cakera boleh tulis semula yang kemudian menjadi Cakera Blu-ray
(khususnya, BD-RE).Teknologi-teknologi teras format-format ini serupa pada
asasnya.Prototaip-prototaip DVR Blue yang pertama didedahkan di pameran CEATEC pada bulan Oktober 2000.[5] Oleh sebab piawaian Cakera Blu-ray meletakkan lapisan rakaman data agak rapat pada permukaan cakera, cakera-cakera awal amat terdedah pada pengotoran dan calar dan terpaksa dilitupi dalam kartrij plastik untuk perlindungan. Pada Februari 2002, projek itu dirasmikan sebagai Blu-ray,dan Persatuan Cakera Blu-ray diasaskan oleh sembilan ahli.
Peranti pengguna pertama berada di pasaran
pada 10 April 2003.
Peranti ini merupakan Sony BDZ-S77; perakam BD-RE yang hanya didapati di Jepun.
Harga yang dicadangkan ialah AS$3800,namun belum ada lagi piawaian untuk video
prarakam dan tiada filem yang dikeluarkan untuk pemain ini. Piawaian Cakera
Blu-ray masih bertahun-tahun ke hadapan, kerana sistem DRM yang baru dan terjamin diperlukan
sebelum dapat diterima oleh studio-studio Hollywood tanpa mengulangi kegagalan Content Scramble System
untuk DVD.
CAKERA BLU-RAY
(Bahasa Inggeris: Blu-ray Disc, BD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan penglibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.
Satu cakera Blu-ray boleh memuatkan jumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.
Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.
Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVD. Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008.
PEMACU KILAT USB (PENDRIVE)
Pemacu kilat USB (Pendrive) adalah peranti storan ingatan kilat yang
disepadukan dengan antaramuka USB.
Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh
dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga
128 GB dengan
penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap
gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih
sejuta kali serta
mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun, disambung
menggunakan penyambungUSB 1.1
atau USB 2.0.
Pemacu
kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudahalih lain,
terutamanya cakera liut. Ia lebih kecil,
lebih pantas, boleh meyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap
(kerana tiada bahagian bergerak serta reka bentuk yang lebih tahan lama)
daripada cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa
USB yang disokong oleh sistem pengendalian moden
seperti Windows, Mac
OS X dan Linux.
Sebuah
pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas
plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek. Penyambung USB
pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh ditanggalkan untuk melindunginya
daripada kemungkinan kerosakan akibat eletrik statik. Hampir kesemua pemacu
kilat menggunakan penyambung piawai USB jenis A supaya boleh disambung terus ke
komputer.
Sebenarnya
tiada bahan bergerak langsung pada pemacu kilat USB; istilah pemacu digunakan
kerana komputer membaca dan menulis data pada pemacu kilat dengan menggunakan
perintah sistem yang sama seperti cakera keras mekanikal
biasa, dengan peranti storan dipaparkan pada sistem pengendalian dan antaramuka grafik pengguna komputer
sekadar seperti pemacu keras yang lain.
Untuk mancapai pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah terlebih dahulu
disambungkan ke komputer melalui port USB. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan
kuasanya melalui port USB sendiri.KAD INGATAN (MEMORY CARD)
Kad ingatan ataupun kad ingatan kilat adalah sejenis storan komputer yang menggunakan ingatan kilat dan digunakan secara meluas di dalam peralatan elektronik digital seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain audio digital dan konsol permainan video. Ia juga dipanggil "mem-card".
Kad ingatan pernah dicadangkan sebagai pengganti kepada cakera liut, tetapi pemacu kilat USB telah pun mengambil alih peranan sebagai pengganti cakera liut. Hari ini, hampir kesemua komputer riba model terbaru disertakan dengan pembaca kad ingatan yang sesuai dengan pelbagai format kad ingatan yang terdapat di pasaran.
JENIS KAD INGATAN (MEMORY CARD)
·
Scandisk
·
Micro SD
·
Mini SD
·
Mmc
·
xd
SEJARAH CAKERA KERAS
Pada awal tahun 80-an, kebanyakan slot cakera keras mempunyai saiz
berdiameter antara 20 x 35 sentimeter yang memerlukan rak perkakasan atau
jumlah ruang pada mesin yang besar.
Susunan cakera keras menerusi rak dipanggil ‘mesin basuh’ ketika itu,
malah kebanyakannya memerlukan tenaga elektrik yang tinggi ataupun generator 3x
ganda kuasanya untuk menggerakkan motor yang mengoperasikan cakera terbabit.
Disebabkan
kesukaran itu, cakera keras tidak digunakan dengan mikrokomputer sehingga
penghujung 1980 apabila Seagate Technology memperkenalkan ST-506, cakera keras
5.25 inci yang pertama dengan kapasiti sebanyak hanya lima megabait (MB).
Kapasiti
cakera keras berkembang pesat dari semasa ke semasa dengan komputer peribadi
(PC) yang awal memacu operasi menggunakan cakera keras dengan kapasiti 20MB
menjadi teknologi yang dianggap paling besar.
Ia berbeza dengan permulaan 2007 apabila cakera keras desktop biasanya mempunyai kapasiti 100 hingga 500 gigabait (GB) manakala pemacu terbesar berkapasiti hingga satu terabait (TB).
Ia berbeza dengan permulaan 2007 apabila cakera keras desktop biasanya mempunyai kapasiti 100 hingga 500 gigabait (GB) manakala pemacu terbesar berkapasiti hingga satu terabait (TB).
ERA 50-an HINGGA 70-an
Sejarah awal cakera keras dicatatkan menerusi IBM 350 Disk Fail yang dicipta pelopor teknologi simpanan, Reynold Johnson diperkenalkan pada 1956 dihubungkan bersama perkomputeran IBM 305.
Pemacu ini mempunyai 50 lapisan cakera bersaiz 24 inci dengan jumlah kapasiti sebanyak 5 juta karakter yang mengoperasikan data dalamannya.
Satu sistem operasi tunggal digunakan bagi mengoperasikan akses kepada maklumat berdasarkan teks yang purata masa akses sangat perlahan.
Ia mungkin dipengaruhi peranti memori Drum yang dicipta pada 1932. Selepas itu, Sistem Unit Kawalan Utama Mekanikal Antarabangsa bagi Storan Cakera IBM 1301 diperkenalkan pada 1961 yang mempunyai pembaca berasingan untuk setiap permukaan data bagi melancarkan pemprosesan data.
Pemacu cakera yang pertama untuk menggunakan set peranti mudah alih adalah pemacu IBM 1311 yang menggunakan pek cakera IBM 1316 untuk menyimpan dua juta karakter.
Pada 1973, IBM memperkenalkan IBM 3340 Winchester iaitu sistem cakera pertama yang menggunakan kepala pemasangan cakera tertutup (HDA).
Hampir semua pemacu cakera moden kini menggunakan asas teknologi ini dan istilah Winchester menjadi set paling mudah dijelaskan kepada umum untuk semua cakera keras walaupun ia sebenarnya digunakan pada 90-an.
Salah seorang pembangun projek, Kenneth Haughton menamakan Winchester 30-30 berdasarkan penggunaan dua pemacu dalam satu cakera bersaiz 30-30 inci.
ERA 80-an HINGGA PC
Pemacu dalaman menjadi sistem pilihan pada PC pada 80-an yang kebanyakan pemacu cakera keras mikrokomputer paling awal pada 1980 tidak dijual di bawah jenama pengilang mereka tetapi dijual menerusi OEM sebagai sebahagian daripada perisian yang lebih besar.
Contohnya, Corvus Disk System dan Apple ProFile manakala IBM PC/XT mempunyai cakera keras dalamannya sendiri.
Bagaimanapun, sistem itu membuka evolusi baru dalam memulakan trend ke arah membeli pemacu secara berasingan yang selalunya melalui pesanan pos dan memasang mereka secara langsung ke dalam sistem.
Cakera keras luaran siap letak dalam PC pula popular untuk lebih lama pada produk Macintosh Apple dan platform lain.
Setiap komputer Mac yang dibangunkan antara 1986 hingga 1998 mempunyai pelabuh SCSI di belakang, membuatkan slot tambahan luar mudah.
Pemacu cakera keras dengan slot SCSI mula menembusi pasaran popular dengan mikrokomputer yang lebih tua seperti siri Apple II dan digunakan secara meluas dalam pelayan serta penggunaannya masih popular hari ini.
Kehadirannya pada akhir 90-an berkelajuan tinggi membuka peluang untuk antaramuka luaran lain seperti USB dan FireWire dibuat sistem cakera luaran popular di kalangan pengguna terutama bagi pengguna yang memindahkan jumlah data yang besar antara dua atau lebih lokasi.
Pembuat cakera keras mula memasarkan kepada pengguna akhir serta OEM pada pertengahan 90-an dan dari situlah kita menyaksikan cakera keras mula disediakan di rak kedai runcit. Terdapat cakera keras luaran yang tersedia untuk komputer 16bit Amiga dan Atari ST tetapi peratusannya sangat kecil menjadikan kedua-duanya kurang popular.

PENJAGAAN
Cakera keras boleh bertahan sehingga 5 tahun. Tetapi seperti mesin lain, ia juga memerlukan penjagaan.
Penyelarasan terhadap cakera keras membolehkan program berjalan lancar, mengelakkan kerja penyimpanan fail berlaku pada bahagian lain cakera serta mengehadkan jumlah kesilapan perisian program.
Untuk memulakan kerja penyelarasan cakera keras, selalu mulakan dengan menggunakan perisian asal terutama ketika pengimbasan cakera dan pembaikan perisian.
Melalui program utiliti, ia akan meletakkan cakera keras dan cakera liut melalui beberapa ujian yang mampu mengesan dan mengatasi kawasan bermasalah.
Sekiranya program itu mengesan kekurangan dalam integriti pemacu cakera anda, ia secara automatik memindahkan maklumat ke tempat lain pada cakera itu.
Mengimbas cakera keras untuk mencari potensi masalah setiap minggu atau sebulan sekali perlu memandangkan anda tidak mahu kehilangan bahan terbaik pada skrin anda.
Apabila anda sudah menyelenggara cakera keras, buat salinan fail pada cakera keras. PC anda menyelamat fail pada dasar dan yang cepat didahulukan.
Pada asasnya, sekiranya ruang pertamanya didapati pada cakera keras itu tidak begitu besar untuk memegang fail, ia hanya akan meletakkan sebahagian daripada fail pada ruang itu.
Ia akan mencari lagi, kemudian mengesan di mana untuk disimpan semua bahagian itu. Kesannya, fail disimpan dalam semua bahagian di cakera keras itu. Semakin banyak bahagian fail itu disimpan, semakin lama masa diambil untuk menghimpunkan semula fail.
Utiliti khas dikenali dengan cakera pembahagian ‘defragmenters’ atau cakera ‘optimizer’, mengendali maklumat pada cakera keras seperti pembersihan. Ia mengumpul semua bahagian fail dan menggerakkan keseluruhan fail supaya fail itu sentiasa berturutan.
Kebanyakan pengguna PC mengalami peningkatan agak tinggi apabila cakera mula terbentuk dalam bahagian.
Tambahan lagi, ia juga antara manfaat untuk memiliki cakera kemas dan bersih yang mengatasi fail yang dibuang lebih berkesan daripada cakera biasa yang dibahagikan.

PERBEZAAN DIANTARA SIMPANAN DATA DAHULU DAN SEKARANG
·
Dahulu disket
perlu dimasukkan ke dalam CPU,sekarang hanya perlu disambungkan pada CPU kerana
ianya menggunakan USB.
·
Memori untuk
menyimpan data menjadi lebih besar maka jumlah data yang dapat disimpan menjadi
lebih banyak.
·
Dari segi
ketahanannya pula cakera sekarang mempunyai fizikal yang tahan lasak berbanding
cakera terdahulu yang mudah rosak dan sukar untuk dijaga.
·
Cakera terdahulu
hanya mampu digunakan untuk menyimpan data yang mempunyai jumlah memori yang
kecil berbanding cakera zaman sekarang yang mampu menyimpan pelbagai jenis data
sehingga mencecah 1 terrabytes.
·
Saiz kad memori
yang digunakan pada masa kini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan saiz
disket atau cakera padat yang digunakan pada tahun terdahulu.
·
Cakera keras pada
masa kini lebih pantas dikesan kehadirannya apabila disambungkan pada CPU.
·
Harga cakera pada
masa kini dianggarkan kurang daripada RM3 untuk 1 gigabytes.Ini menunjukkan
harga cakera pada masa kini jauh lebih murah berbanding harga cakera terdahulu.
·
Kad memori,cakera
keras atau cakera pandu lebih mudah didapati berbanding dengan masa dahulu yang
hanya boleh didapati di kedai barangan komputer sahaja.
SEKIAN SAJA DARI KAMI (AFIQ & HASIF) UNTUK PUAN ASIAH ... ^_^